Permohonan UPU Sesi 2017/2018 IPTA/UA/Politeknik/ILKA

Posted on

3 February 2017 | 2:37 am

Permohonan UPU merupakan satu sistem atas talian (online) yg diwujudkan oleh kementerian untuk para pelajar memohon memasuki universiti, politeknik, ataupun ILKA.

Para pelajar boleh memohon UPU secara online melalui laman web upu. Sebelum memohon UPU, para pelajar dikehendaki untuk membeli nombor PIN di Bank Saimpanan Nasional (BSN). Selepas pin di beli, barulah pelajar mendapat akses untuk memasuki laman web permohonan upu.

permohonan upu ke ipta ua sesi 2016/2017

Syarat kemasukan Permohonan UPU 2017/2018

Berikut merupakan syarat am permohonan UPU mengikut kategori permohonan;

Lepasan SPM/ Setaraf ( bagi permohonan sijil, diploma, & asasi)

  • Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf adalh seperti berikut:
  • Warganegara Malaysia &
  • Memiliki kelayakan Sijil Pelajaran Malaysia/setaraf (SPM/setaraf) dgn mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian termasuk Bahasa Melayu & lulus Sejarah dlm peperiksaan SPM.
  • Program pengajian untuk Bumiputera & Bukan Bumiputera:
  • Semua program di UITM, program Asasi di UIAM, program Asasi Sains & program Asasi Alam Bina di UM, program Asasi di UNIMAS, program Asasi di UMS terbuka kpd Bumiputera sahaja.
  • Semua program asasi di UPM, UKM, UPNM, program Asasi Pengajian Islam di UM, program Tahmidi di USIM & semua program Diploma di UPM, UTM, UPSI, UTHM, UMT, UTeM, UMP, UniMAP & UniSZA & Politeknik Premier terbuka kpd pemohon Bumiputera & Bukan Bumiputera.

Lepasan STPM,Matrikulasi, Asasi,Politeknik/ Setaraf ( Untuk permohonan sarjana muda , degree)

  • Syarat Am permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan STPM/Setaraf adalh seperti berikut:
  • Terbuka kpd Warganegara Malaysia yg mempunyai Nombor Kad Pengenalan/My Kad & Bukan Warganegara Malaysia.
  • Bagi Bukan Warga Negara Malaysia perlu memohon terus ke IPTA berkaitan.
  • Lulus SPM atau peperiksaan yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia serta mendapat kepujian dlm mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Melayu. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu Kertas Julai diambil kira; &
  • Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2013 dgn mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 & mendapat sekurang-kurangnya:
  • Gred C (NGMP 2.00) dlm mata pelajaran Pengajian Am, &
  • Gred C (NGMP 2.00) dlm dua (2) mata pelajaran lain, atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 di peringkat Matrikulasi/Asasi tahun 2013; atau
  • Mendapat sekurang-kurangnya Pangkat Jayyid di peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM tahun 2013 atau 2012; atau
  • Mempunyai kelulusan Diploma atau kelulusan lain yg diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia & diluluskan oleh Senat IPTA; atau
  • Lulus peperiksaan STPM Tahun 2012 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya Gred C (NGMP 2.00) dlm tiga (3) mata pelajaran termasuk Pengajian Am atau Matrikulasi/Asasi Tahun 2012 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau STAM tahun 2011 & sebelumnya dgn mendapat sekurang-kurangnya Tahap Jayyid; &
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dlm Malaysian University English Test (MUET).

Cara Permohonan UPU Sesi 2016/2017

Berikut merupakan cara bagaimana anda boleh membuat permohonan UPU:

  1. Terlebih dahulu, beli no pin UPU (No Unik) di Bank Simpanan Nasional (BSN). Anda boleh terus membeli melalui mesin ATM ataupun terus pergi ke kaunter. Pin berharga RM15.64 termasuk gst. (no pin mulai dijual pd 6 Februari 2017)
  2. Masuk ke portal rasmi upu di MOHON UPU 
  3. Pilih kategori permohonan anda. Jika tak pasti kategori anda, klik link di bawah

Pilih kategori lepasan SPM/setaraf                Pilih kategori Lepasan STPM/Setaraf.

Tarikh Permohonan UPU Sesi 2017/2018

Permohonan UPU dibuka mulai 6 Februari 2017 pukul 12 tengah malam, sehingga  31 mac 2017 4 petang

Semakan Keputusan Permohonan UPU

Semakan dijangka boleh dibuat mulai  14 May 2017 – 20 May 2017.

Semoga panduan ringkas permohonan upu ini dapat membantu anda untuk membuat permohonan UPU sekaligus mendapat tempat di UA?Politeknik/ILKA.

Saul Masson